MESIR
MALAYSIA

Renungan....

~saHabaTku~

Kulayarkan kerinduan di lautan memori Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi Masih segar di ingatan saat mesra berputik Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi Sahabat kau sesungguhnya Temanku di kala suka dan lara Tika ku buntu diselubungi sendu Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman Bagaikan embun hilang diterbit fajar Kau pergi jauh mengejar cita Menggapai redha yang ESA Duhai sahabat dengarkanlah Bicara hati ini Meskipun jarak memisahkan Namun tiada noktah kasih Biarlah waktu menentukan Nilai ukhwah yang terjalin Terusakanlah perjuangan Hingga ketitisan darah yang terakhir Dan aku...masih di sini Terus mendaki puncak tertinggi hidupku Dan aku...terus menanti Saat yang manis akan berulang kembali Sahabat...
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Al-Azhar Asy-Syarif

Komuniti Blogger Azhari
Egypt Top Blogs
link by © putra_AbadA™
Photobucket

HarakahDaily.Net

Photobucket



© Cinta Agung


real_student:

Isnin, 30 Mac 2009

Isnin, Mac 30, 2009

Imam Nawawi ( 631 H - 676 H )

putra_abada 0 ulasan


Pasti sudah banyak sudah mendengar namanya, karena Imam an-Nawawi sangat terkenal dengan bukunya Riyadhus Shalihin. Nama lengkapnya adalah Syekh Imam ‘Allaamah (ulama besar) Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Syaraf bin Murry bin Hasan bin Husain bin Hizam bin Muhammad bin Jum’ah an-Nawawi asy-Syafi’i. Beliau adalah Syaikhul Islaam (Guru besar Islam), penyeru kepada jalan orang-orang yang menempuh jalan Allah. Beliau juga dikenal sebagai tokoh penting yang menulis mazhab (Syafi-i), sekaligus merevisi dan menyusunnya.




Imam an-Nawawi rahimahumullah, lahir pada tanggal 10 Muharram 631 H di Nawa (sebuah desa di wilayah Syam, tepatnya bagian dari kawasan Damascus). Beliau berpindah ke kota Damascus pada tahun 649 H dan diangkat sebagai pengajar di Darul Hadits al-Asyrafiyyah pada tahun 665 H. Beliau melaksanakan ibadah haji dua kali.

Di penghujung usianya, beliau pernah pulang ke kampung halamannya dan sempat berkunjung ke kota Quds dan al-Khalil, kemudian kembali ke kampung halamannya dan langsung jatuh sakit saat berkumpul bersama kedua orang tuanya. Imam an-Nawawi meninggal pada malam Rabu, 6 Rejab 676 H dan dimakamkan di kampong halamannya sendiri.

Masa Pertumbuhan

Imam an-Nawawi dibesarkan di desa kelahirannya. Ayahnya adalah penduduk pribumi dan menetap di sana. Di desanya itulah Imam an-Nawawi belajar Al-Qur-an dan berguru kepada beberapa ulama. Beliau mempelajari berbagai disiplin ilmu. Pada perkembangannya, beliau diangkat sebagai staf pengajar di Darul Hadits al-Asyrafiyyah di kota Damascus. Uniknya, beliau tidak pernah mengambil gaji dari pekerjaannya itu sampai meninggal.

Imam an-Nawawi menyelesaikan pelajaran dari kitab at-Tanbiih selama empat setengah bulan dan berhasil menghafal seperempat isi kitab al-Muhadzdzab pada tujuh setengah bulan. Selama hampir dua tahun, beliau tidak pernah berbaring (tidur terbaring). Dalam sehari semalam, beliau mempelajari 12 pelajaran dari berbagai disiplin ilmu dengan beberapa guru.

Keistimewaan Imam an-Nawawi

Sejak kecil, Imam an-Nawawi tidak suka bermain, melainkan menghabiskan waktunya untuk belajar Al-Qur’an dengan serius. Beliau khatam Al-Qur’an saat baru akan menginjak usia baligh.

Selain itu, beliau dikenal kuat dalam mengamalkan ilmu dan hidup zuhud, dan sangat sabar menjalani kehidupan yang serba kekurangan. Beliau juga jarang tidur malam, rajin beribadah dan menulis. Imam an-Nawawi konsisten dalam mengerjakan al-Amr bil ma’ruf wan nahy ’anil munkar (menyeru kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran) baik kepada para raja maupun bawahannya. Sementara dalam berdialog dengan para ulama, beliau melakukannya dengan tenang dan teduh. Singkatnya, setiap waktu dilalui oleh Imam an-Nawawi tidak lepas dari ketaatan dan ibadah kepada Allah swt.

Karya

Imam an-Nawawi menulis sejumlah kitab. Adapun kitab yang di hasilkannya adalah:

* Ar-Raudah (Raudhatuh Thaalibiin)
* Al-Minhaaj
* Daqaa’iqul Minhaaj
* Al-Manaasik ash-Sughraa
* Al-Manaasikul Kubraa
* At-Tibyaan
* Tashhiihut-Tanbiih
* Nukat ’alat-Tanbiih
* Al-Fataawaa
* Syarh Muslim
* Al-Adzkaar
* Riyaadush-Shaalihiin
* Al-Arba’uun Haditsan
* Thabaqaatul Fuqahaa’
* Tahdziibul Asmaa’ wal Lughaat
* Tashniif fil Istisqaa’ wa fii Istihbaabil Qiyaam wa Nahwiha
* Qismatul Ghanaa’im

Ada juga beberapa karya Imam an-Nawawi yang tidak sempat disempurnakankan:

* Syarhul Muhadzdzab (sampai kepada pembahasan masalah Rabaa’)
* At-Tahqiiq (sampai kepada pembahasan shalat musafir)
* Tuhfatut Thaalib an-Nabiih (sampai kepada pembahasan shalat)
* Al-Isyaaraat ilaa maa waqa’a fir Raudhah minal Asmaa’ wal Ma’aanii wal Lighaat (sampai kepada pembahasan masalah shalat).




Read More

Sabtu, 28 Mac 2009

Sabtu, Mac 28, 2009

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

putra_abada 0 ulasan



Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari



kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R. Bukhari Muslimi



Keterangan


Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan



kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.




Read More

Sabtu, 21 Mac 2009

Sabtu, Mac 21, 2009
putra_abada 0 ulasan


Khairat as-Syatir adalah Naib Kedua Jemaah Ikhwan Muslimin dan salah seorang dari anggota Maktab Irsyad, Ikhwan Muslimin. Dilahirkan di negeri Daqahliyah, Mesir pada



4 Mei 1950. Berumah tangga dan mempunyai sepuluh orang anak lelaki dan perempuan serta lapan orang cucu.Sesuai dengan namanya ‘Syatir’ yang bererti cerdik, beliau mempunyai kelayakan akademik dari bidang yang pelbagai. Beliau memiliki ijazah-ijazah dan diploma dalam bidang-bidang berikut:

1. B.Sc. of Civil Engineering, Alexandria University, 1974

2. Master Degree in Construction Management, Mansoura University, 1980

3. Diploma in Business Administration, Faculty of Commerce, Ain Shams University, 1998

4. Islamic Studies Diploma, Islamic Studies Institute, 1999

5. Diploma in Social Work and NGOs, Faculty of Economics and Political Science, Cairo University, 2000

6. Diploma in International Marketing, Faculty of Commerce, Helwan University, 2000

7. B.A from Anthropology Department, Faculty of Arts, Ain Shams University, 2002

Pernah bekerja sebagai Tutor di Universiti Mansoura sehingga dikeluarkan dari Universiti dengan arahan Anuar Sadat, Presiden Mesir ketika itu pada September 1981. Sekarang bekerja sebagai usahawan yang berjaya dan terlibat di dalam operasi beberapa syarikat dan bank di Mesir.

Mula terlibat di dalam aktivisme pelajar pada tahun 1966. Ketika itu beliau berada di hujung zaman persekolahannya. Terlibat di dalam mengasaskan gerakan pelajar di Universiti Alexandaria pada hujung 70an. Mula terlibat di dalam gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1974.

Pernah dipenjarakan oleh kerajaan Mesir sebanyak empat kali sebelum ini.

1. Kali pertama adalah pada tahun 1968 di zaman rejim Jamal Abdul Nasir. Ini kerana penglibatannya di dalam demonstrasi pelajar pada November 1968. Ketika itu beliau dipenjarakan selama empat bulan, dibuang universiti dan dimasukkan di dalam kerahan tenaga di dalam tentera Mesir.

2. Kali kedua pada 1992 pada kes yang dikenali sebagai ‘Kes Salsabil’. Ketika itu beliau dipenjarakan selama setahun.

3. Kali ketiga pada tahun 1995 pada kes yang dikenali sebagai ‘Kes Ikhwan’ dan dipenjarakan selama lima tahun setelah dibicarakan di Mahkamah Tentera.

4. Kali keempat pada tahun 2001 untuk tempoh setahun.

Beliau juga pernah cuba untuk ditahan pada tahun 1981 tetapi terlepas kerana pada ketika itu beliau berada di luar Mesir.

Mempunyai pengalaman yang luas di dalam dakwah terutamanya pada medan pelajar, tarbiah dan pengurusan organisasi dakwah. Pernah tinggal di beberapa buah negara, luar Mesir selama beberapa tahun iaitu Yaman, Jordan, Arab Saudi dan United Kingdom. Menjadi anggota Maktab Irsyad sejak tahun 1995 sehingga ke hari ini.

Pada 12 Disember 2006, beliau sekali lagi ditahan bersama-sama dengan 39 pimpinan dan ahli Ikhwan yang lain di atas dakwaan ‘penyeludupan dan pembersihan wang (money laundering)’ dan ‘cubaan menghidupkan semula organisasi yang telah diharamkan’. Dakwaan yang sepatutnya dibicarakan di mahkamah biasa kemudiannya ditukar ke Mahkamah Tentera pada 6 Februari 2007 dan mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Setelah ditahan selama beberapa bulan, akhirnya barulah mereka dibicarakan pada 26 April yang lepas di Mahkamah Tentera. Perbicaraan yang tidak dijalankan secara adil dan sempurna itu kemudiaannya ditangguhkan kepada perbicaraan kedua pada 3 Jun 2007 yang akan datang. Siri-siri perbicaraan ini dijangka akan berterusan seperti mana yang berlaku sebelum ini pada perbicaraan 88 pimpinan Ikhwan Muslimin pada tahun 1995.


Read More

Jumaat, 20 Mac 2009

Jumaat, Mac 20, 2009

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

putra_abada 0 ulasan


Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada



orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.




Read More

Khamis, 19 Mac 2009

Khamis, Mac 19, 2009

JENAKA SUFI (Siapa lebih betul??)

putra_abada 1 ulasan


AL-KISAH 1

SUATU hari Nasiruddin melintasi sebuah pasar yang sibuk dengan menaiki kaldai sambil memikul guni yang berisikan buah tamar. Salah seorang yang menyaksikan kejadian itu menegur perbuatannya.

"Wahai Tuan yang alim,



kenapa tuan tidak meletakkan sahaja guni yang di atas bahu tuan itu di belakang kaldai? bukankah lebih menyenangkan tuan daripada tuan memikulnya?. Maka jawab Nasiruddin: "Wahai saudaraku, insaf dan sedarlah...., sesungguhnya sebagai manusia yang berakal kita patut mempunyai sifat mengasihani sesama makhluk. Cukuplah dia memikulku di belakangnya dan aku pula memikul guni ini untuk mengurangkan bebanannya".

AL-KISAH 2

BERTANYALAH seorang jiran kepada Nasiruddin tentang pekikan suaranya yang terdengar pada tengah malam tadi. "Jubah aku di tendang oleh kaldai yang tiba-tiba naik angin", jawab Nasiruddin. "Adakah munasabah sehelai jubah yang di perbuat daripada kain boleh mengeluarkan suara apabila di tendang oleh kaldai?" tanya lelaki itu tadi. "macam mana pula tidak munasabah kerana ketika itu aku berada di dalamnya".

AL-KISAH 3

SEORANG alim yang baru sahaja turun dari masjid setelah solat berjemaah, terpandangkan seorang lelaki yang sedang marah-marah di tangga masjid. Si alim terus menghampirinya dan bertanyakan perilakunya itu. "Macam mana saya tidak marah. Kasut yang baru saja saya beli, telah hilang dari tempatnya ketika saya solat tadi", jawab lelaki itu dengan suara yang keras. "Kamu seharusnya bersyukur dengan kehilangan kasut itu", nasihat si alim. "Kenapa begitu pula?" tanya lelaki tersebut kehairanan. "Kerana kamu masih mempunyai kaki!".

AL-KISAH 4

PADA suatu hari ada seorang tua sedang berjalan-jalan di pasar. Tiba-tiba dia terjatuh lalu pengsan. Lalu orang ramai yang menyangka bahawa dia telah meninggal dunia,lalu mereka menguruskan jenazahnya sebagaimana biasanya menguruskan jenazah. Ketika di usung ke tanah perkuburan lelaki tua itu tersedar dari pengsan lalu menjerit meminta tolong. Orang ramai bertempiaran lari ketakutan kecuali Nasiruddin yang masih tercegat memerhati keadaan yang seterusnya berlaku. Sebaik sahaja kain kapan dibuka lelaki lantas berkata: "Tolong aku, Nasiruddin." Nasiruddin dengan marah berkata: "Tadi ketika ramai orang tolong mengusung janazah, engkau menakut-nakutkan mereka sehingga kesemuanya lari. Aku seorang tidak mampu mengangkatmu, maka lebih baiklah kamu menguruskan sendiri pengebumian dirimu".

Read More

Rabu, 18 Mac 2009

Rabu, Mac 18, 2009

APAKAH KAMU TIDAK SENANG?

putra_abada 0 ulasan


Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai kaum wanita!



JIKA seorang perempuan sedang hamil hasil dari suami yang menyukainya (kerana berbakti kepadanya), maka ia mendapat pahala sebanding dengan orang yang berpuasa serta berperang untuk membela agama Allah.

DAN JIKA ia merasa sakit ketika hendak melahirkan anak, maka ahli (penduduk langit dan ahli bumi tidak mengetahui rahsia kebahagiaan yang dirasai tersimpan di dalam hatinya.

DAN JIKA ia melahirkan anak, maka tidaklah setitis pun dari air payudaranya kecuali ia mendapat pahala satu amal kebajikan pada setiap titisan dan setiap hisapan.

DAN JIKA ia kurang tidur kerana melayani dan menjaga anak pada malam hari, maka ia mendapat pahala sebanding dengan pahala memerdekakan tujuh puluh budak dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


Read More
Rabu, Mac 18, 2009

SOALAN IMAM GHAZALI

putra_abada 0 ulasan


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :





Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = ” Apa yang palin berat didunia “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri “


Read More

Selasa, 17 Mac 2009

Selasa, Mac 17, 2009

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

putra_abada 1 ulasan



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,



"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim


Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.



Read More

Isnin, 2 Mac 2009

Isnin, Mac 02, 2009

SMART MANAGEMENT

putra_abada 0 ulasan

ORGANISASI YANG BERJAYA

MUQADDIMAH

AmaL Jama’ie adalah merupakan satu prinsip yang telah diamalkan oleh kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia. Prinsip Amal Jama’ie iaitu kerja yang diputuskan oleh jemaah, jemaah yang bersumberkan manhaj yang betul, mempunyai keteraturan sistem dan matlamat yang jelas adalah satu teori yang telah sama-sama kita fahami. Selebihnya ialah bagaimana ia diterjemahkan ke dalam pelaksanaan organisasi perlu jelas dan menjadi sesuatu perkara yang realistic.



1. HUBUNGAN ANTARA ORGANISASI DENGAN PENGURUSAN
Sebelum seseorang itu meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan secara menyeluruh, eloklah sekiranya seseorang itu memahami dengan lebih jelas tentang organisasi dan ciri-cirinya. Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu penting kerana pengurusan dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya sesebuah organisasi itu sama ada organisasi kecil atau besar, swasta atau awam memerlukan pengurusan atau pengendalian aktiviti-aktiviti organisasi.

1.1. Definisi Organisasi

Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.

Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.

1.2. Organisasi sebagai Unit Sosial

Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain, sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi masa, kualiti, kuantiti, dan penentuan-penentuan lainnya.

1.3. Penyatuan Usaha dan Hubungan di Kalangan Pekerja

Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang menyatupadukan usaha mereka supaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekiranya tidak ada perpaduan di kalangan pekerja, sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Keadaan organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi bagi menjamin pencapaian yang telah disenaraikan. Hubungan di kalangan kakitangan dapat menjamin organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan antara individu dengan individu yang lain.


2. CIRI-CIRI ORGANISASI
2.1. Identiti Tersendiri
Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri selaras dengan visi dan misi. Misalnya, sebuah badan dakwah seharusnya melambangkan tempat untuk penyebaran dakwah, menimba ilmu, latihan kepimpinan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran serta pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah badan dakwah, organisasi hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh guru-guru, pelajar khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah badan dakwah itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

2.2. Struktur Organisasi
Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

2.3. Job Skop (bidang kuasa kerja)
Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti
a) Pentadbiran
b) Kewangan
c) Sekretariat

Organisasi yang mempunyai bahagian-bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

2.4. Tindakan dan Kawalan
Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.

2.5. Tenaga Kerja
Setiap dasar dan perancangan memerlukan kepada pelaksanaan. Semakin besar skop organisasi dan juga sasaran, maka semakin besar kuantiti dan kualiti tenaga kerja yang diperlukan. Tenaga kerja ini akan menjadi jentera pelaksana kepada sesebuah perancangan yang dirangka berdasarkan visi dan misi.

Kelima-lima ciri yang disebutkan di atas hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi. Penentuan sama ada organisasi itu berkesan, efisien atau tidak, bergantung kepada sejauh mana keempat-empat ciri itu diseleng-garakan, disusun, dan diamalkan.


3. APAKAH YANG DIKATAKAN PENGURUSAN?
Apabila organisasi telah diwujudkan mengikut kelima-lima ciri seperti yang diterangkan di atas, masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi kewangan, pemprosesan, dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja.

Kita pernah mendengar dari media massa tentang beberapa organisasi perniagaan khususnya, yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri seperti tidak ada persefahaman antara pihak atasan dengan peringkat bawahan, perancangan dan ramalan yang tidak tepat, pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan. Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:

3.1. Sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasidan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

3.2. Sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.

Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:

3.3. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.

3.4. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).


4. PROSES PENGURUSAN
Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan, penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan dibahagikan kepada empat sahaja, iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan.

4.1. Perancangan
Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut:

4.1.1. Visi dan Misi
Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain.

4.1.2. Strategi organisasi:
Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.

4.1.3. Tindakan Susulan,
Pihak pengurusan harus mengatur program atau projek strategi yang berasaskan matlamat organisasi.

4.2. Penyusunan
Penyusunan melibatkan kerja struktur organisasi dan proses pengambilan kakitangan. Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti, tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Ia meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, program peningkatan kualiti kerja, program tarbiah dan dan program kebajikan dan perkhidmatan ahli jawatakuasa.

4.3. Pengarahan
Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

4.4. Pengawalan dan Penilaian (Muhasabah)
Pengawalan dan penilaian merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat pekerja yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.


5. MENGAPAKAH PENGURUSAN?
Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.

Kita pernah mendengar kata-kata seperti: "Masalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan... ". Pernyataan seperti ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan. Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat.

Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya:

1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.

2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisyen untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengurus berkenaan.

4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti (keutamaan) seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.

5. Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan mengimplementasikan strategi.


6. PENGURUS DI DALAM ORGANISASI

Tingkat Pengurusan
Sudah menjadi kebiasaan untuk membezakan kedudukan pengurus mengikut hierarki kuasa atau pangkat di dalam organisasi. Perbezaan ini dapat dilihat di dalam keterangan di bawah:

Pengurus Atasan
Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini biasanya terdiri daripada Presiden, Ketua Eksekutif atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.



Pengurus Pertengahan
Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada peringkat ini terdiri daripada ketua-ketua lajnah atau unit.

Pengurus Bawahan
Nuqaba’, AJK dan sebagainya adalah antara mereka yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi seperti program-program atau aktiviti agar ia mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan.


7. PERANAN PENGURUS DI DALAM ORGANISASI

7.1. Peranan sebagai penghubung atau orang perantaraan.
7.1.1. Sebagai orang terpenting
7.1.2. Sebagai pemimpin
7.1.3. Sebagai agen perhubungan / dakwah

7.2. Peranan sebagai penyebar atau penyampai maklumat.
7.2.1. Sebagai pengawas
7.2.2. Sebagai penyampai
7.2.3. Sebagai jurucakap

7.3. Peranan sebagai pembuat keputusan.
7.3.1. Melihat dan memahami situasi dan punca masalah
7.3.2. Sebagai pengawal gangguan
7.3.3. Sebagai pembahagi sumber
7.3.4. Sebagai perunding


RUMUSAN
Adalah mudah untuk membincangkan Amal Jama’ie secara teori tanpa implikasi yang praktikel terhadap sesebuah organisasi. Oleh itu, sebagai membukti kepentingan amal Jama’ie, adalah terlalu penting untuk dibuktikan dan satu-satunya medan yang paling relevan ialah di dalam pelaksanaan kerja organisasi.

Pengurusan adalah satu bidang yang luas, merangkumi bidang-bidang sains sosial seperti sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, dan juga psikologi. Kemahiran di dalam pengurusan bukan sahaja diperolehi melalui bacaan dan kefahaman tentang konsep dan prinsip-prinsip yang telah dikemukakan di dalam buku-buku teks.

Malahan kemahiran ini dapat diperolehi melalui pengalaman yang dialami oleh pihak pengurusan semasa menjalankan tugas. Adalah mudah untuk melahirkan pemimpin yang baik, tetapi agak sukar untuk melahirkan pemimpin yang boleh mengurus dengan baik.


Read More

Ahad, 1 Mac 2009

Ahad, Mac 01, 2009

LIMA KEMULIAAN ALQUDS

putra_abada 0 ulasan

Lima Kemulian yang Allah berikan kepada Quds seperti berikut:

Pertama: Qiblat yang pertama


Inilah qiblat yang mana Rasulullah saw dan para sahabatnya menghadapnya dalam solat semenjak difardukan solat pada malam Isra dan Mi’raj tiga tahun sebelum hijrah. Masjid Quds menjadi kiblat sehinggalah enam bulan selepas hijrah. Allah swt telah menurutkan ayat yang bermaksud:



“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (Al-Baqarah:144)


Kedua: Bumi Isra’ dan Mikraj


Allah menjadikan masjid Quds sebagai destinasi bagi perjalanan Isra’ di bumi dan permulaan bagi perjalanan mi’raj ke langit. Pemilihan ini bukan kebetulan, tetapi satu pemilihan yang mengandungi hikmah yang tinggi. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(al-isra:1)


Ayat ini tidak menyebut kelebihan Masjid Haram walaupun ia penuh keberkatan dan kemulian. Ayat ini hanya menyebut tentang keberkatan di sekeliling masjid Aqsa. Jika dikelilingnya penuh dgn keberkatan, maka pada masjid itu sendiri lebih banyak keberkatan.


Ketiga; Quds adalah Bandar agong yg ketiga dalam Islam.


Bandar pertama adalah Makkah al-Mukarramah, kedua Madinah Munawwarah dan ketiga adalah baitul Maqdis. Nabi saw bersabda:

Maksudnya: “Tidak boleh membuat persiapan yang rapi untuk pergi ke sesebuah masjid kerana kelebihannya melainkan tiga masjid. Masjid Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjid ku ini.” (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)


Di bandar quds ini terdapat masjid ketiga agongya dalam Islam. Masjid tersebut adalah masjid Aqsa. Solat di masjid Aqsa mendapat pahala pahala yang sangat besar. Nabi saw bersabda:


Maksudnya: Solat di masjid al-Aqsa menyamai pahala 500 solat di masjid-masjid yang bukan masjid Haram dan masjid Nabawi. (hadis sahih Bukhari dan Muslim)


Keempat: Quds bumi kenabian dan keberkatan


Al-Quds adalah sebahagian bumi palestin. Allah swt telah menyatakat keberkatan pada bumi ini pada 5 tempat dlm kitab suci al-Quran:


1. Allah menyebutnya ketika menceritakan kisah Isra Nabi saw di dalam A-Quran yang bermaksud:


Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(al-isra:1)


2. Ketika mencerita tentang Nabi Ibrahim a.s:


"Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia."(Al-Anbiya`:71)


3. Ketika menceritakan tentang Nabi Musa as. Ia berkenaan dgn bani Israel selepas ditenggelamkan firaun dan tentera2nya:


"Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya. Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi)(Al-A`raaf:137)


4. Dalam kisah Nabi Sulaiman as:


"Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."(Al-Anbiya`:81)


5. Dalam kisah saba’ yang bermaksud:

"Dan - di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): " Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman".(saba`:18)


Kelima ayat ini ada menyebutkan tempat yang diberkati. Itulah bumi palestin.


Kelima: Quds adalah bumi Jihad.


Ini jelas dari hadis berikut:


Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Inilah kelebihan dan kemulian masjid Aqsa, bumi quds dan bumi palestin.
Namun sekarang kemulian ini dipijak-pijak Yahudi. Dibawah ini beberapa penghinaan Yahudi terhadap keagongan masjid Aqsa yg kita sayangi.


Penghinaan pertama: Ketika mana Yahudi masuk ke dalam masjid Aqsa pada tahun 1967 mereka berkata:


Maksudnya: Muhammad telah mati. Dia meninggalkan anak2 perempuan.

Maksudnya mereka menghina kita semua dgn mengumpamakan kita dengan wanita. Cuba bayangkan kalau terjadi ragut atau kejadian yg lain nescaya lelaki yang bertindak, adapun perempuan hanya melihat dgn kesdihan, kemarahan dan simpati sahaja tanpa apa2 tindakan. Begitula ummat Islam seperti perempuan yg hanya sedih bersimpati sahaja.


Penghinaan kedua:
Pada 21/8/196 seorang kristian zionis telah membakar sebahgian masjid Aqsa. Antara yg terbakar ialah Mimbar salahuddin, Qubbah kayu dan sebahgian dinding.


Penghinaan ketiga: Pada tahun 1976 Mahkamah Israel telah menetapkan hak Yahudi untuk solat di halaman masjid Aqsa.


Penghinaan keempat: Pada bulan 10 tahun 1990 , kumpulan pelampau yahudi telah cuba meletakkan batu asas kepada haikal di dalam masjid. Ia di halang oleh penjaga masjid tersebut sehingga berlaku pertempuran. Tentera Israel menggunakan peluru hidup. 20 orang palestin syahid dan 115 yg cedera.


Penghinaan kelima: Orang Yahudi telah membina terowong besar di bawah masjid al-Aqsa pada 25/9/1996. Orang2 Islam palestin melakukan demonstrasi kerana marah yang amat sgt. Ia ditentang oleh pelampau2 yahudi yg menyebabkan 85 orang palestin terbunuh.


Penghinaan keenam:
Pd 28/9/2000 ariel Sharon dgn dikawal 3000 tentera telah cuba masuk utk mengotorkan masjid Aqsa. Namun ditentang hebat oleh orang Islam sehingga 5 orang gugur syahid.


Penghinaan ketujuh:
Penghinaan yg paling besar adalah Masjid Quds adalah dibawah jagaan Israel.


Jadi setelah mana kita mengetahui semua tentang kemulian Quds dalam Islam dan penghinaan dan penjajahan Israel terhadap masjid Aqsa, Quds dan palestin. Kita mesti bangun bersatu untuk menentang kebiadapan Israel dan mengembalikan keagongan al-Quds.


Rujukan: Buku Quds Qadiah kullu muslim oleh Qardawi dan Falestin at-Tarikh Musawwar oleh Dr Toriq Suwaidan.


Read More
Ahad, Mac 01, 2009

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

putra_abada 0 ulasan


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-




· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Read More
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket Jutaan Terima kasih kepada semua sahabat yang telah memberi award kepada putra_AbadA

Pengikut

Apa pandangan antum pada blog ini?
Mumtaz
Jaid jiddan
Jaid
Maqbul
Dhoif
  
pollcode.com free polls