Khamis, Mac 19, 2009
JENAKA SUFI (Siapa lebih betul??)
AL-KISAH 1
SUATU hari Nasiruddin melintasi sebuah pasar yang sibuk dengan menaiki kaldai sambil memikul guni yang berisikan buah tamar. Salah seorang yang menyaksikan kejadian itu menegur perbuatannya.
"Wahai Tuan yang alim,
kenapa tuan tidak meletakkan sahaja guni yang di atas bahu tuan itu di belakang kaldai? bukankah lebih menyenangkan tuan daripada tuan memikulnya?. Maka jawab Nasiruddin: "Wahai saudaraku, insaf dan sedarlah...., sesungguhnya sebagai manusia yang berakal kita patut mempunyai sifat mengasihani sesama makhluk. Cukuplah dia memikulku di belakangnya dan aku pula memikul guni ini untuk mengurangkan bebanannya".
AL-KISAH 2
BERTANYALAH seorang jiran kepada Nasiruddin tentang pekikan suaranya yang terdengar pada tengah malam tadi. "Jubah aku di tendang oleh kaldai yang tiba-tiba naik angin", jawab Nasiruddin. "Adakah munasabah sehelai jubah yang di perbuat daripada kain boleh mengeluarkan suara apabila di tendang oleh kaldai?" tanya lelaki itu tadi. "macam mana pula tidak munasabah kerana ketika itu aku berada di dalamnya".
AL-KISAH 3
SEORANG alim yang baru sahaja turun dari masjid setelah solat berjemaah, terpandangkan seorang lelaki yang sedang marah-marah di tangga masjid. Si alim terus menghampirinya dan bertanyakan perilakunya itu. "Macam mana saya tidak marah. Kasut yang baru saja saya beli, telah hilang dari tempatnya ketika saya solat tadi", jawab lelaki itu dengan suara yang keras. "Kamu seharusnya bersyukur dengan kehilangan kasut itu", nasihat si alim. "Kenapa begitu pula?" tanya lelaki tersebut kehairanan. "Kerana kamu masih mempunyai kaki!".
AL-KISAH 4
PADA suatu hari ada seorang tua sedang berjalan-jalan di pasar. Tiba-tiba dia terjatuh lalu pengsan. Lalu orang ramai yang menyangka bahawa dia telah meninggal dunia,lalu mereka menguruskan jenazahnya sebagaimana biasanya menguruskan jenazah. Ketika di usung ke tanah perkuburan lelaki tua itu tersedar dari pengsan lalu menjerit meminta tolong. Orang ramai bertempiaran lari ketakutan kecuali Nasiruddin yang masih tercegat memerhati keadaan yang seterusnya berlaku. Sebaik sahaja kain kapan dibuka lelaki lantas berkata: "Tolong aku, Nasiruddin." Nasiruddin dengan marah berkata: "Tadi ketika ramai orang tolong mengusung janazah, engkau menakut-nakutkan mereka sehingga kesemuanya lari. Aku seorang tidak mampu mengangkatmu, maka lebih baiklah kamu menguruskan sendiri pengebumian dirimu".
hidup ujian berkata...
21 Mac 2009 pada 9:41 PTG
Salam mahabbah.. ana tertarik la dengan kisah2 kat atas tu...
pandai la Ust. Nas pilih...
........
........
.........
..........
..........
...........
..........
.......
.........
.........
.........
.........
.......
...........
.......
.........
...........
..........
.........
.......
..........
............
...........
..........
..............
.............
.............
...........
.............
..........
.............
..........
...........
...........
............
.............
..............
...............
...........
.......... nama "Nasiruddin" tu.. HEHEHE...