MESIR
MALAYSIA

Renungan....

~saHabaTku~

Kulayarkan kerinduan di lautan memori Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi Masih segar di ingatan saat mesra berputik Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi Sahabat kau sesungguhnya Temanku di kala suka dan lara Tika ku buntu diselubungi sendu Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman Bagaikan embun hilang diterbit fajar Kau pergi jauh mengejar cita Menggapai redha yang ESA Duhai sahabat dengarkanlah Bicara hati ini Meskipun jarak memisahkan Namun tiada noktah kasih Biarlah waktu menentukan Nilai ukhwah yang terjalin Terusakanlah perjuangan Hingga ketitisan darah yang terakhir Dan aku...masih di sini Terus mendaki puncak tertinggi hidupku Dan aku...terus menanti Saat yang manis akan berulang kembali Sahabat...
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Al-Azhar Asy-Syarif

Komuniti Blogger Azhari
Egypt Top Blogs
link by © putra_AbadA™
Photobucket

HarakahDaily.Net

Photobucket



© Cinta Agung


real_student:

Isnin, 13 April 2009

Isnin, April 13, 2009

Biografi Imam al-Syahid Hasan al-Banna

putra_abada Add comments


Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. dilahirkan di bandar Mahmudiah (Berdekatan Iskandariah) pada tahun 1906. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugas sebagai



pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar. Beliau mengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w.. Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah.
Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota ikhwan lain.
Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnya wujud sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan.
Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibupejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang.
Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh al-Syahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupi akidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undang-undang.
Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan di Kaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramah yang diadakan.
Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukan sukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir memasuki Tel Aviv. Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah mengkhianati perjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan bertindak menahan pemimpin-pemimpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna.
Ketika al-Banna berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri.
Malangnya tidak siapa yang merawat al-Banna. Beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1949.
Al-Syahid yang dikasihi Allah telah mengabadikan beberapa tulisan yang amat berharga, antaranya Muzakirat al-Dakwah wa al-Da‘iyah dan beberapa risalah.


0 ulasan

Catat Ulasan (Old Form)

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket Jutaan Terima kasih kepada semua sahabat yang telah memberi award kepada putra_AbadA

Pengikut

Apa pandangan antum pada blog ini?
Mumtaz
Jaid jiddan
Jaid
Maqbul
Dhoif
  
pollcode.com free polls