MESIR
MALAYSIA

Renungan....

~saHabaTku~

Kulayarkan kerinduan di lautan memori Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi Masih segar di ingatan saat mesra berputik Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi Sahabat kau sesungguhnya Temanku di kala suka dan lara Tika ku buntu diselubungi sendu Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman Bagaikan embun hilang diterbit fajar Kau pergi jauh mengejar cita Menggapai redha yang ESA Duhai sahabat dengarkanlah Bicara hati ini Meskipun jarak memisahkan Namun tiada noktah kasih Biarlah waktu menentukan Nilai ukhwah yang terjalin Terusakanlah perjuangan Hingga ketitisan darah yang terakhir Dan aku...masih di sini Terus mendaki puncak tertinggi hidupku Dan aku...terus menanti Saat yang manis akan berulang kembali Sahabat...
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Al-Azhar Asy-Syarif

Komuniti Blogger Azhari
Egypt Top Blogs
link by © putra_AbadA™
Photobucket

HarakahDaily.Net

Photobucket



© Cinta Agung


real_student:

Isnin, 12 Oktober 2009

Isnin, Oktober 12, 2009

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI r.a

putra_abada 1 ulasan

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya"

"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah semasa



sakaratul maut menghampiri kami. Amin, amin, amin Yarobbal a'lamien."
WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI r.a
Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya;
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita.
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya;
Jujur dalam berkata-kata.
Menjauhi segala yang haram.
Merendahkan diri.
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya;
Takut berlaku dusta dan keji.
Menjauhi kejahatan.
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya;
Merahsiakan ibadahnya.
Merahsiakan sedekahnya.
Merahsiakan ujian yang menimpanya.



Read More

Selasa, 1 September 2009

Selasa, September 01, 2009

Arak punca pesakit gila, saraf paling ramai di hospital

putra_abada 0 ulasan

ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit" (riwayat Muslim).
Walaupun begitu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Orang Islam mula



bertanyakan perihal arak sebagaimana dinyatakan al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya."
Ayat ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun, larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.
Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya. Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan arak peminum arak yang aktif mungkin terkena 'sawan' atau tabiat meracau yang berpanjangan.
Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan selepas satu kejadian pada majlis jamuan antara Muhajirin dan Ansar di mana arak menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai mabuk, mereka mula bermegah-megah dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan-ketulan tulang yang terdapat dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan berasa berdosa atas tindakan mereka itu.
Pada waktu itulah, al-Quran menyatakan bahawa judi dan arak adalah dilarang kepada semua umat Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: " Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )dari melakukan perbuatan itu)"
Sejak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, orang Islam di seluruh dunia adalah orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.
Sudah jelas, bahawa sesetengah jenayah yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan adanya bahaya arak .
Profesor AJ Arberry pula mengatakan: "Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat penyakit ahmar atau lumpuh. Selain itu seorang yang telah mabuk akibat arak akan hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain."
Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti pukulan arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jikalau dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi-pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan arak."


Read More
Selasa, September 01, 2009

Tujuh tingkat neraka sedia hukuman setimpal kesalahan

putra_abada 0 ulasan

NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.
Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang



ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud: "Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya." (Surah At-Tahrim: 6)
Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.
Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:
# Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.
Firman Allah SWT bermaksud: "Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya." (Surah Al-Imran:12)
#
Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: "Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah".
# Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud: "Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya." (surah Al-Lail: 14-16)
# Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.
# Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.
# Saqru ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.
# Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.
# Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: "Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. " (surah Al-Qariah: 8-11)


Read More

Rabu, 13 Mei 2009

Rabu, Mei 13, 2009

Tujuh Keajaiban Dunia

putra_abada 0 ulasan


Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada



beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid

2) Taj Mahal

3) Tembok Besar Cina

4) Menara Pisa

5) Kuil Angkor

6) Menara Eiffel

7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak."

SPensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,

1) Dapat melihat,

2) Dapat mendengar,

3) Dapat menyentuh,

4) Dapat menyayangi,

Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,

5) Dapat merasakan,

6) Dapat tertawa,

7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.


Read More
Rabu, Mei 13, 2009

CINTA SUFI

putra_abada 0 ulasan


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku,



kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang- orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. "Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua, "keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



Read More

Sabtu, 2 Mei 2009

Sabtu, Mei 02, 2009

Ngerinya keadaan neraka jahanam

putra_abada 1 ulasan


DIKISAHKAN dalam sebuah hadis, sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Ia memiliki



tujuh pintu dan pada setiap pintu itu ada 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula ada 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang membabitkan api, pada setiap belahannya pula ada 70,000 lembah daripada api.

Dikisahkan dalam hadis itu juga, di setiap lembah berkenaan ada 70,000 gudang daripada api dan pada setiap gudang itu pula ada 70,000 kamar daripada api.

Pada setiap kamar itu pula ada 70,000 ular dan 70,000 kala jengking. Setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking itu ia mempunyai 70,000 bisa.

Dalam hadis sama menerangkan, pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik saja terbuka, akan keluar asap mengepung di sebelah kanan jin dan manusia.

Sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah depan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan belakang mereka.

Dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang asap itu maka mereka gementar, berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat.

Berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu, besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu daripada mereka mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, nescaya akan hancur lebur gunung itu. Hanya dengan sekali pukulan, ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.



Read More

Ahad, 26 April 2009

Ahad, April 26, 2009

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

putra_abada 1 ulasan


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku,



kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."



Read More

Isnin, 13 April 2009

Isnin, April 13, 2009

BAHAYA KEMEWAHAN

putra_abada 0 ulasan


Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali



hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".

H.R. Termizi

Keterangan
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Read More
Isnin, April 13, 2009

Apa orang kata mengenai imam syahid hasan al-banna

putra_abada 0 ulasan


“Tokoh Yang Menggegarkan Bumi Mesir dan Dunia Islam”

“… Tokoh ini telah menggegarkan bumi Mesir serta dunia Arab dan Islam seluruhnya melalui dakwah, tarbiyah, jihad dan ketokohannya yang unggul. Allah telah mengurniakan tokoh ini



dengan bakat dan kebolehan yang dianggap tidak mungkin wujud menurut pandangan pakar psikologi, pakar sejarah dan para penganalisis. Kelebihannya terletak pada kemampuan akal yang begitu hebat dan pintar, kefahaman yang luas, emosi yang begitu mantap dan stabil, hati yang penuh keberkatan, jiwa yang muda membara, lisan yang petah, zuhud, qana’ah dalam hidup tanpa mengenal erti susah, rajin dan berwawasan jauh tanpa mengenal erti putus asa dalam usaha menyebarkan dakwah dan prinsip, jiwa yang penuh inspirasi dan bercita-cita tinggi, bersemangat tinggi, berpandangan realistik dan jauh, tabah dan prihatin dengan dakwah, bersikap merendah diri terutama yang membabitkan dirinya sehingga diakui oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Beliau ibarat sinaran cahaya yang lembut, tidak terlalu cerah, tidak berbalam dan tidak tertutup.
Kepintaran pendakwah ini begitu menonjol dalam dua aspek yang jarang sekali dimiliki pendakwah dan pemimpin yang lain. Pertama, dedikasinya kepada dakwah selain keyakinan, pengorbanan dan penggemblengan seluruh potensi serta kemampuan yang ada untuk dakwah. Ciri ini sudah tentu menjadi syarat utama atau ciri utama bagi seorang pendakwah atau seorang pemimpin yang Allah mahu salurkan segala kebaikan melalui mereka. Kedua, pengaruhnya yang begitu kuat dalam jiwa sahabat serta anak muridnya selain kejayaannya dalam bidang tarbiah dan melahirkan pendakwah. Beliau adalah seorang pembina generasi baru, seorang pendidik bagi sebuah bangsa dan seorang perintis sebuah institusi ilmu, fikrah dan akhlak.
Namun saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengannya di Mesir atau di luar Mesir. Suatu ketika saya berpeluang melawat Mesir namun rahmat Allah lebih mengasihi beliau. Ketika peristiwa kesyahidannya yang menggegarkan jiwa berjuta umat Islam, umurnya ketika itu masih belum mencecah empat puluh dua tahun. Dunia Islam kehilangan seorang yang unggul dalam sejarah manusia. Sehingga kini saya masih rasa terkilan kerana hilang kesempatan ini…”

Abu al-Hasan al-Nadwi

“Berkurun lamanya umat Islam tidak melihat orang seperti Hasan al-Banna”

“Secara terbuka saya katakan dan apa yang saya katakan ini tidak salah untuk anda sampaikan kepada orang lain. Saya tegaskan di sini bahawa telah berkurun lamanya umat Islam tidak melihat orang seperti Hasan al-Banna. Segala sifat ada padanya dan terpampang dalam peribadinya. Saya tidak nafikan kemampuan para pembimbing, keilmuan para cendikiawan, pengetahuan orang yang arif, kepetahan para pemidato dan ketajaman bahasa para penulis, ketokohan para pemimpin, kemahiran mengurus yang ada pada para pentadbir, kebijaksanaan para pemerintah, semua ini saya tidak nafikan ada pada mereka semenjak dahulu hingga sekarang. Namun keseluruhan sifat yang hebat ini jarang sekali bergabung dalam satu tokoh sepertimana yang dimiliki oleh Imam al-Syahid.
Beliau dikenali oleh masyarakat dan mereka yakin dengan kejujurannya. Saya termasuk di kalangan mereka yang mengenalinya. Secara keseluruhannya boleh saya katakan orang ini telah menyerahkan segalanya untuk Allah; roh dan jasadnya, jiwa dan raganya serta segala tindakan dan gerak-gerinya. Beliau menyerahkan segalanya untuk Allah dan Allah melimpahkan segala-galanya untuknya. Allah memilih dan meletakkan beliau sebaris dengan pemimpin para syahid yang suci…”

Sheikh Muhammad al-Hamid


“Manusia yang ulung”

“… Pada hari Hasan al-Banna dibunuh, dunia ketika itu ibarat suatu yang paling tidak berharga. Mengapa peluru ini perlu menembusi tubuh ini. Ia menembusi tubuh yang diasuh dengan ibadah yang khusyuk, dibelai dengan sembahyang dan sujud yang lama. Ia menembusi tubuh yang diselaputi debu sepanjang perjalanannya di jalan Allah. Tubuh yang menempuh perjalanan yang tiada perhentian. Perjalanan yang membawa berjuta manusia mendengar kata-kata. Membawa manusia kepada Allah melalui suaranya yang bersemangat. Menyatukan beribu-ribu manusia untuk berada bersama di medan Islam.
Melalui lidahnya, al-Quran kembali segar. Ciri pewaris nabi terpancar pada perwatakannya. Manusia yang unggul ini bangkit ibarat tembok kukuh menahan gelombang materialisme yang melanda. Bangkit bersama satu generasi baru yang cintakan Islam dan berpegang teguh dengan Islam. Eropah memahami kewujudan manusia yang agung ini akan mengancam kewujudan mereka di Timur. Justeru mereka berbisik kepada kuncu-kuncu mereka. Akhirnya Imam Syahid terpaksa bermandikan darahnya sendiri dan generasi yang dididiknya terpaksa merengkuk di dalam penjara…”

Sheikh Muhammad al-Ghazali

“Teladan dalam segala-galanya”



“… Hasan al-Banna adalah seorang imam yang sejati. Beliau menjadi teladan dalam segala-galanya; ilmunya, imannya, keikhlasannya, kecergasannya, kepintarannya, kepekaannya, hatinya yang berjiwa besar dan rohnya yang suci.
Bagi saya Hasan al-Banna adalah hujah yang Allah tunjukkan pada saya bahawa Islam ini mampu membina para pejuang. Islam mampu mewujudkan manusia yang ulung. Mampu membentuk darah daging ini menjadi cahaya yang indah. Beliau seorang yang berfikiran luas. Jiwanya berhubung dengan alam rahsia. Beliau tidak pernah leka untuk mengingati Allah. Ibarat sebuah gunung yang memiliki segala-galanya; ketinggian, keteguhan serta kekuatan. Seorang yang berjiwa kental dan tidak pernah silap menentukan halatujunya. Seorang yang hebat mengisi hati kami dengan cinta Allah. Menyuluh dada kami dengan cinta Islam. Membelai kami dalam suasana yang suci bersih tanpa sebarang noda.
Hari Hasan al-Banna dibunuh adalah hari yang paling gelap dalam sejarah manusia. Kehilangannya bererti kehilangan nilai kemanusiaan. Sukar untuk mencari gantinya. Hasan al-Banna dibunuh setelah dua puluh tahun bersama jihad, tanpa henti siang dan malam…”

Sa‘id Ramadhan
“Sebuah gagasan yang sebati dalam jiwa”

Hasan al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Beliau menerima dunia dengan penuh bersahaja. Beliau tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Segalanya sekadar secukupnya. Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu. Beliau makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Beliau hidup serba ringkas. Beliau menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang ditinggalkan untuk mereka. Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup ini ialah menyampaikan kalimah Allah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya. Beliau mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan. Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar cahaya pada dunia ini. Apabila semua ini menjadi kenyataan barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.

Al-Bahi al-Khauli

Akhirnya
“Inilah saya, anda siapa?”

Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:
“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.
Inilah saya, anda pula siapa?”

Hasan al-Banna




Read More
Isnin, April 13, 2009

Biografi Imam al-Syahid Hasan al-Banna

putra_abada 0 ulasan


Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. dilahirkan di bandar Mahmudiah (Berdekatan Iskandariah) pada tahun 1906. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugas sebagai



pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar. Beliau mengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w.. Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah.
Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota ikhwan lain.
Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnya wujud sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan.
Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibupejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang.
Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh al-Syahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupi akidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undang-undang.
Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan di Kaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramah yang diadakan.
Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukan sukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir memasuki Tel Aviv. Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah mengkhianati perjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan bertindak menahan pemimpin-pemimpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna.
Ketika al-Banna berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri.
Malangnya tidak siapa yang merawat al-Banna. Beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1949.
Al-Syahid yang dikasihi Allah telah mengabadikan beberapa tulisan yang amat berharga, antaranya Muzakirat al-Dakwah wa al-Da‘iyah dan beberapa risalah.


Read More

Khamis, 9 April 2009

Khamis, April 09, 2009

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

putra_abada 1 ulasan


Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan



mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

H.R. Muslim

Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.




Read More

Khamis, 2 April 2009

Khamis, April 02, 2009

10 Prinsip Dalam Islam

putra_abada 0 ulasan


Sa'id Hawwa adalah seorang ulama yang cukup lantang dalam menyuarakan kebenaran (al-Islam). Ulama yang hidup di Mesir ini telah banyak menghasilkan tulisan-tulisan keislaman yang sangat berkualiti dan diperlukan ummat. Pemikiran-pemikirannya senantiasa merujuk pada al-Qur'an dan as-Sunnah. Namun, pemikiran-pemikirannya tidak lepas dari kontroversi dan kritikan (protes) dari mereka yang merasa berat untuk melaksanakan Islam secara total (kaffah) sebagaimana yang selalu 'diteriakkan' oleh beliau.



Dalam bukunya yang berjudul "Min Ajli Khuthwatin ila al-Amam'ala Thariqi al-Jihad al-Mubarak", Sa'id Hawwa mengungkapkan ketentuan-ketentuan dalam Islam yang bersifat badihi (prinsipil), yaitu merupakan ketentuan yang sudah jelas nash-nya dan tidak diragukan lagi kebenarannya. Dan semua ummat Islam wajib menerima ketentuan atau konsepsi dalam Islam yang bersifat badihi tersebut. Menurut Sa'id Hawwa, ada sepuluh ketentuan yang bersifat badihi (prinsipil). Berikut ini ke-sepuluh prinsip tersebut yang diringkas dari buku "10 Aksioma tentang Islam" - terjemahan dari buku "Min Ajli Khuthwatin ila al-Amam'ala Thariqi al-Jihad al-Mubarak".

Prinsip Pertama

Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang dibebankan pada seluruh ummat manusia, di barat atau di timur, di utara atau di selatan, berkulit kuning, merah, putih atau hitam. Allah swt telah mengumumkan bahwa Dia tidak akan menerima sistem hidup (ad-Dien) selain Islam dengan firman-Nya:
Sesungguhnya dien (sistem hidup) yang diridhai di sisi Allah ialah Islam. (Qs.Ali Imran:19)
Barangsiapa yang mencari dien (sistem hidup) selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (dien itu) darinya. (Qs.Ali Imran:85)
Yang dimaksud dengan Islam adalah risalah yang diturunkan Allah swt melalui Nabi Muhammad saw. Risalah ini merupakan penutup seluruh risalah Allah swt, dan demikian risalah atau agama yang diturunkan Allah sebelumnya melalui para Nabi-Nya yang terdahulu tidak berlaku lagi. Karena itu seluruh manusia diwajibkan untuk memeluk Islam sampai Hari Kiamat. Barangsiapa yang tidak mengimani Islam, sedangkan seruan Islam telah sampai kepadanya, maka ia dianggap sebagai ahli neraka.
Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak mendengar seseorang tentangku dari ummat ini, apakah ia Yahudi atau Nasrani, kemudian ia tidak beriman dengan apa yang diutus kepadaku melainkan ia akan tergolong dari ahli neraka. (HR.Muslim)

Prinsip Kedua

Islam adalah satu-satunya jawaban yang benar dan bersih terhadap semua persoalan manusia. Ia mencakup seluruh aspek kehidupan manusia yang meliputi keyakinan, ibadat, syari'at dan syi'ar-syi'ar. Islam merupakan neraca dan satu-satunya tolok ukur untuk semua sisi kehidupan manusia. Dari Islamlah terefleksinya petunjuk yang benar dan lurus serta selamat dalam segala hal.
Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (al-Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (Qs.an-Nahl:89)
Al-Qur'an menerangkan segala persoalan, apakah melalui nash-nashnya atau melalui kesimpulan-kesimpulan yang tepat tentang nash-nash tersebut berdasarkan hadits, qiyas, ijma' ulama, istihsan, istishab, istislah, 'urf, hukum-hukum yang diakui oleh akal, syara' atau hukum adat menurut batas-batas yang dibenarkan oleh nash tersebut.

Prinsip Ketiga

Bila seseorang masuk Islam, berarti ia telah menyerah secara mutlak kepada Allah swt dalam semua persoalan yang mencakup semua aspek kehidupan, termasuk yang berhubungan dengan jiwa, akal, hati, ruh, perasaan, emosi, perbuatan, pemikiran, kepercayaan dan peribadatan. Termasuk dalam hal konstitusi dan undang-undang kehakiman. Di samping itu Islam berarti penolakan total terhadap seluruh bentuk penyekutuan dengan selain Allah. Allah swt berfirman:
....Barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus.... (Qs.al-Baqarah:256)

Prinsip Keempat

Dalam Islam pemikiran eksperimental merupakan salah satu fenomena proses pembentukan pribadi Muslim atau karakteristik Islam. Oleh karena itu segala sesuatu yang telah dicapai oleh akal yang sehat dan melalui proses percobaan adalah sesuatu yang dapat diterima dari sudut pandangan Islam dan diberi jaminan kepercayaan terhadap kesahannya. Rasulullah pernah bersabda:
Hikmah (ilmu pengetahuan) itu merupakan hak orang Mu'min. Maka di mana saja ia jumpai, ia lebih berhak terhadapnya.
Namun jika pemikiran-pemikiran eksperimental itu sudah tidak murni lagi, telah diwarnai oleh sistem hidup yang tidak Islami, maka kita berkewajiban untuk membersihkannya terlebih dahulu, dan mewarnainya dengan nilai-nilai Islam yang bersih, sebelum kita menggunakannya.

Prinsip Kelima

Islam adalah satu sistem yang sempurna dan lengkap, karena ia mencakup seluruh sistem politik, sosial, ekonomi dan moral. Oleh karena itu mengabaikan atau melupakan sebagian dari sistem Islam berarti menghalangi perjalanan seluruh sistem itu sendiri. Begitu juga menegakkan politik yang tidak berdasarkan pada pilar-pilar Islam merupakan satu kendala dan sekaligus tantangan terhadap Islam.
Seluruh sektor kehidupan kaum Muslimin harus selalu berlandaskan pada nilai-nilai dan syari'at Islam, ekonominya, politiknya, sosialnya, pendidikannya, militernya dan sektor-sektor lainnya. Tidak dibenarkan melaksanakan Islam secara parsial (tentunya selama kondisi dan kemampuan memungkinkannya).
Apakah patut kamu beriman kepada sebagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi yang berbuat demikian dari kamu, kecuali kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada siksa yang amat berat. Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu perbuat. (Qs.al-Baqarah:85)
Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir. (Qs.al-Maidah:44)

Prinsip Keenam

Seluruh kaum Muslimin dibebani kewajiban menegakkan kalimatullah agar Islam menjadi satu-satunya Dien yang tegak di bumi ini. Allah berfirman:
Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah dan kalimatullah itulah yang tinggi. (Qs.at-Taubah:40)
Barangsiapa yang berperang untuk menjadikan kalimatullah yang tertinggi sekali, maka ia berjuang di jalan Allah. (al-Hadits)
Salah satu tujuan Allah mengutus Rasul-Nya adalah agar Islam sebagai dienullah menang terhadap dien-dien (sistem hidup) lainnya. Karena itu semua pengikut Muhammad berkewajiban untuk mewujudkan kemenangan Islam dengan berjihad di jalan-Nya.
Dia-lah Allah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan dien yang haq, agar dimenangkan-Nya terhadap semua dien. Dan cukuplah Allah menjadi saksi. (Qs.al-Fath:28)*
Orang-orang yang beriman dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapatkan kemenangan. (Qs.at-Taubah:20)*

Prinsip Ketujuh

Kaum Muslimin dalam satu negara, bahkan di seluruh dunia harus merupakan satu sekutu, satu blok dan satu jama'ah. Sekutu ini adalah sekutu iman dan politik. Apa pun bentuknya yang memisahkan dan mengesampingkan hal ini adalah satu kekufuran dan kesesatan yang amat besar. Sekutu dan blok tersebut harus mempunyai imam tersendiri.
Kepemimpinan dan persatuan bagi ummat Islam sangat penting sekali. Para sahabat Rasulullah saw telah mendahulukan pemilihan khalifah ketimbang mengubur jenazah Rasulullah saw. Dalam satu kesempatan Rasulullah saw bersabda:
Tidak boleh bagi tiga orang berada di manapun di bumi ini, kecuali memilih salah satu seorang di antara mereka itu sebagai pemimpin. (Musnad Imam Ahmad, jilid II, hal.177)*
Mu'min dengan mu'min lainnya itu ibarat satu tubuh, jika salah satu anggota tubuhnya ada yang sakit, maka anggota tubuh lainnya ikut merasa sakit. Demikian Rasulullah pernah mengingatkan ummatnya.
Umar bin Khattab pernah berkata, "Tidak ada Islam tanpa jama'ah, tidak ada jama'ah tanpa imamah, tidak ada imamah tanpa ketaatan, dan tidak ada ketaatan tanpa bai'at. Barangsiapa yang keluar dari jama'ah maka ia telah keluar dari Islam."*
Prinsip Kedelapan

Dalam kondisi kekuasaan politik Islam dan kaum Muslimin di seluruh penjuru dunia sedang mengalami kehancuran dan kelumpuhan seperti sekarang, maka merupakan kewajiban bagi setiap Muslim untuk cepat-cepat melantik seorang imam yang akan memimpin perjuangan, atau untuk mempersiapkan diri menghadapi peperangan, atau melakukan persiapan yang matang untuk memilih seorang yang akan memimpin mereka. Hal ini merupakan salah satu masalah yang sangat mendesak untuk segera dilaksanakan.
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh-musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya. (Qs.al-Anfaal:60)
Dalam memperjuangkan kebenaran (al-Islam) diperlukan kesungguhan, sumber daya manusia dengan kuantitas dan kualitas yang memadai, sarana dan prasarana serta pengorganisasian yang rapi. Sayyidina Ali ra pernah mengatakan, "Kejahatan yang terorganisir dapat megalahkan kebenaran yang tidak terorganisir." Agar perjuangan dapat terorganisir maka diperlukan kepemimpinan, yang manhaj kepemimpinannya berpegang kepada al-Qur'an dan as-Sunnah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh. (Qs.ash-Shaff:4)

Prinsip Kesembilan

Menyertai dan bergabung dengan jama'ah Islam dan imamnya adalah suatu kewajiban besar di dalam Islam. Kewajiban ini secara langsung tidak memberikan peluang untuk mengelakkan diri dari keterlibatannya dengan jama'ah dan imamnya, kecuali dalam kondisi dimana orang-orang Islam tidak mempunyai jama'ah dan imamnya. Maka dalam keadaan seperti itu, seorang Muslim harus memisahkan diri dari perkumpulan sesat dan tetap berpegang kepada yang haq.
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta Abu Daud, dari Hudzaifah al-Yamani, diriwayatkan sebagai berikut:
Orang-orang yang bertanya pada Rasulullah saw tentang kebaikan, tetapi saya bertanya tentang kejahatan, sebab saya takut akan terlibat dengannya. Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, dahulu kita berada dalam masa Jahiliyah dan diliputi oleh suasana kejahatan, lalu Allah mendatangkan pada kita kebaikan ini, maka apakah sesudah kebaikan itu akan ada kejahatan?"
"Ada," jawab Rasulullah.
"Apakah sesudah kejahatan itu akan ada kebaikan?" Saya bertanya lagi.
Rasulullah menjawab, "Yaitu segolongan ummat yang mengikuti sunnah bukan sunnahku, dan mengikuti petunjuk bukan petunjukku. Kenalilah mereka olehmu, dan cegahlah."
Saya bertanya lagi, "Kemudian setelah kebaikan tersebut masih adakah kejahatan lagi?"
Rasulullah menjawab, "Masih, yaitu para penda'wah yang menyeru manusia ke pintu neraka. Barangsiapa menyambut seruan mereka, niscaya mereka akan dilemparkan ke dalam neraka."
Lalu saya bertanya kepada Rasulullah, "Apa yang harus saya lakukan jika saya menghadapi keadaan yang demikian itu?"
Jawab Rasulullah, "Hendaklah kamu teguh pendirian dengan jama'ah Islamiah dan imamahnya."
"Bagaimana kalau sudah tidak ada lagi jama'ah Islamiah dan imamahnya?" Saya terus bertanya.
Rasulullah menjawab, "Tinggalkan golongan-golongan itu semua, walaupun kamu akan menggigit sebatang pohon kayu, sampai kamu mati dalam keadaan demikian."
Persoalannya sekarang, apakah bumi yang kita diami ini telah kehilangan jama'ah dan imamnya, sedang Rasulullah saw bersabda:
Akan selalu ada di kalangan ummatku, satu golongan yang mendukung kebenaran, golongan yang selalu menentang dan membelakangi mereka tidak akan memberikan kemudharatan apa-apa kepada mereka sehingga Hari Kiamat.
Imam Ali ra mengatakan, "Tidak akan sunyi bumi ini dari seorang pemimpin yang berdiri untuk Allah dengan hujjah-hujjahnya."

Prinsip Kesepuluh

Ummat Islam, sebenarnya merupakan satu jama'ah atau satu partai, dan maju mundurnya jama'ah ini tergantung pada pencapaian ilmu, karakteristik, dan komitmen ummat terhadap Islam. Oleh karena itu segenap kaum Muslimin harus terikat pada rencana atau program yang telah disusun. Dan rencana atau program yang disusun secara spontanitas pun harus tunduk kepada kaidah-kaidah yang ketat, dan tidak boleh membelakangi ke arah tercapainya tujuan.
Karakteristik ummat Islam dan jama'ahnya adalah sesuai dengan ayat 36-43 surat asy-Syura. Karakteristik ummat Islam ialah beriman, bertawakkal, menjauhkan diri dari dosa-dosa kecil maupun besar dan perbuatan keji, mengontrol diri dari marah, menyambut seruan Allah dalam semua hal, mendirikan shalat, berinfaq di jalan Allah dan berlaku adil sesama manusia. Sedangkan ciri-ciri khusus dari jama'ah Islamiah ialah adanya syura dan selalu menentang kezaliman.

Penutup

Kekalahan, keterbelakangan, penindasan dan yang dialami ummat Islam sekarang ini disebabkan adanya perselisihan dan perpecahan yang menimpa ummat Islam dewasa ini. Perpecahan dan perselisihan ummat Islam sekarang ini persoalannya bukanlah terletak pada perlunya pembersihan jiwa dan hati, luwes dan sikap berhati-hati di dalam gerakan, tentang perlunya sikap berlindung, atau perlunya semangat jihad. Ia juga bukan karena perbedaan tentang perlunya penguasaan terhadap seluruh medan perjuangan, juga bukan karena perbedaan perlunya suasana terbuka yang menjamin keamanan da'wah Islamiah. Dan bukan pula karena perbedaan tentang persoalan-persoalan yang dapat memberikan pelayanan kepada orang Islam. Tetapi sumber segala perselisihan dan perpecahan di antara kita ialah karena adanya perbedaan pandangan terhadap persoalan-persoalan dalam Islam yang bersifat prinsipil (badihi). Sehingga banyak dari kalangan ummat Islam sendiri yang melupakan dan mengabaikan prinsip (pokok) dalam Islam.



Read More

Isnin, 30 Mac 2009

Isnin, Mac 30, 2009

Imam Nawawi ( 631 H - 676 H )

putra_abada 0 ulasan


Pasti sudah banyak sudah mendengar namanya, karena Imam an-Nawawi sangat terkenal dengan bukunya Riyadhus Shalihin. Nama lengkapnya adalah Syekh Imam ‘Allaamah (ulama besar) Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Syaraf bin Murry bin Hasan bin Husain bin Hizam bin Muhammad bin Jum’ah an-Nawawi asy-Syafi’i. Beliau adalah Syaikhul Islaam (Guru besar Islam), penyeru kepada jalan orang-orang yang menempuh jalan Allah. Beliau juga dikenal sebagai tokoh penting yang menulis mazhab (Syafi-i), sekaligus merevisi dan menyusunnya.




Imam an-Nawawi rahimahumullah, lahir pada tanggal 10 Muharram 631 H di Nawa (sebuah desa di wilayah Syam, tepatnya bagian dari kawasan Damascus). Beliau berpindah ke kota Damascus pada tahun 649 H dan diangkat sebagai pengajar di Darul Hadits al-Asyrafiyyah pada tahun 665 H. Beliau melaksanakan ibadah haji dua kali.

Di penghujung usianya, beliau pernah pulang ke kampung halamannya dan sempat berkunjung ke kota Quds dan al-Khalil, kemudian kembali ke kampung halamannya dan langsung jatuh sakit saat berkumpul bersama kedua orang tuanya. Imam an-Nawawi meninggal pada malam Rabu, 6 Rejab 676 H dan dimakamkan di kampong halamannya sendiri.

Masa Pertumbuhan

Imam an-Nawawi dibesarkan di desa kelahirannya. Ayahnya adalah penduduk pribumi dan menetap di sana. Di desanya itulah Imam an-Nawawi belajar Al-Qur-an dan berguru kepada beberapa ulama. Beliau mempelajari berbagai disiplin ilmu. Pada perkembangannya, beliau diangkat sebagai staf pengajar di Darul Hadits al-Asyrafiyyah di kota Damascus. Uniknya, beliau tidak pernah mengambil gaji dari pekerjaannya itu sampai meninggal.

Imam an-Nawawi menyelesaikan pelajaran dari kitab at-Tanbiih selama empat setengah bulan dan berhasil menghafal seperempat isi kitab al-Muhadzdzab pada tujuh setengah bulan. Selama hampir dua tahun, beliau tidak pernah berbaring (tidur terbaring). Dalam sehari semalam, beliau mempelajari 12 pelajaran dari berbagai disiplin ilmu dengan beberapa guru.

Keistimewaan Imam an-Nawawi

Sejak kecil, Imam an-Nawawi tidak suka bermain, melainkan menghabiskan waktunya untuk belajar Al-Qur’an dengan serius. Beliau khatam Al-Qur’an saat baru akan menginjak usia baligh.

Selain itu, beliau dikenal kuat dalam mengamalkan ilmu dan hidup zuhud, dan sangat sabar menjalani kehidupan yang serba kekurangan. Beliau juga jarang tidur malam, rajin beribadah dan menulis. Imam an-Nawawi konsisten dalam mengerjakan al-Amr bil ma’ruf wan nahy ’anil munkar (menyeru kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran) baik kepada para raja maupun bawahannya. Sementara dalam berdialog dengan para ulama, beliau melakukannya dengan tenang dan teduh. Singkatnya, setiap waktu dilalui oleh Imam an-Nawawi tidak lepas dari ketaatan dan ibadah kepada Allah swt.

Karya

Imam an-Nawawi menulis sejumlah kitab. Adapun kitab yang di hasilkannya adalah:

* Ar-Raudah (Raudhatuh Thaalibiin)
* Al-Minhaaj
* Daqaa’iqul Minhaaj
* Al-Manaasik ash-Sughraa
* Al-Manaasikul Kubraa
* At-Tibyaan
* Tashhiihut-Tanbiih
* Nukat ’alat-Tanbiih
* Al-Fataawaa
* Syarh Muslim
* Al-Adzkaar
* Riyaadush-Shaalihiin
* Al-Arba’uun Haditsan
* Thabaqaatul Fuqahaa’
* Tahdziibul Asmaa’ wal Lughaat
* Tashniif fil Istisqaa’ wa fii Istihbaabil Qiyaam wa Nahwiha
* Qismatul Ghanaa’im

Ada juga beberapa karya Imam an-Nawawi yang tidak sempat disempurnakankan:

* Syarhul Muhadzdzab (sampai kepada pembahasan masalah Rabaa’)
* At-Tahqiiq (sampai kepada pembahasan shalat musafir)
* Tuhfatut Thaalib an-Nabiih (sampai kepada pembahasan shalat)
* Al-Isyaaraat ilaa maa waqa’a fir Raudhah minal Asmaa’ wal Ma’aanii wal Lighaat (sampai kepada pembahasan masalah shalat).




Read More

Sabtu, 28 Mac 2009

Sabtu, Mac 28, 2009

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

putra_abada 0 ulasan



Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari



kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R. Bukhari Muslimi



Keterangan


Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan



kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.




Read More

Sabtu, 21 Mac 2009

Sabtu, Mac 21, 2009
putra_abada 0 ulasan


Khairat as-Syatir adalah Naib Kedua Jemaah Ikhwan Muslimin dan salah seorang dari anggota Maktab Irsyad, Ikhwan Muslimin. Dilahirkan di negeri Daqahliyah, Mesir pada



4 Mei 1950. Berumah tangga dan mempunyai sepuluh orang anak lelaki dan perempuan serta lapan orang cucu.Sesuai dengan namanya ‘Syatir’ yang bererti cerdik, beliau mempunyai kelayakan akademik dari bidang yang pelbagai. Beliau memiliki ijazah-ijazah dan diploma dalam bidang-bidang berikut:

1. B.Sc. of Civil Engineering, Alexandria University, 1974

2. Master Degree in Construction Management, Mansoura University, 1980

3. Diploma in Business Administration, Faculty of Commerce, Ain Shams University, 1998

4. Islamic Studies Diploma, Islamic Studies Institute, 1999

5. Diploma in Social Work and NGOs, Faculty of Economics and Political Science, Cairo University, 2000

6. Diploma in International Marketing, Faculty of Commerce, Helwan University, 2000

7. B.A from Anthropology Department, Faculty of Arts, Ain Shams University, 2002

Pernah bekerja sebagai Tutor di Universiti Mansoura sehingga dikeluarkan dari Universiti dengan arahan Anuar Sadat, Presiden Mesir ketika itu pada September 1981. Sekarang bekerja sebagai usahawan yang berjaya dan terlibat di dalam operasi beberapa syarikat dan bank di Mesir.

Mula terlibat di dalam aktivisme pelajar pada tahun 1966. Ketika itu beliau berada di hujung zaman persekolahannya. Terlibat di dalam mengasaskan gerakan pelajar di Universiti Alexandaria pada hujung 70an. Mula terlibat di dalam gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1974.

Pernah dipenjarakan oleh kerajaan Mesir sebanyak empat kali sebelum ini.

1. Kali pertama adalah pada tahun 1968 di zaman rejim Jamal Abdul Nasir. Ini kerana penglibatannya di dalam demonstrasi pelajar pada November 1968. Ketika itu beliau dipenjarakan selama empat bulan, dibuang universiti dan dimasukkan di dalam kerahan tenaga di dalam tentera Mesir.

2. Kali kedua pada 1992 pada kes yang dikenali sebagai ‘Kes Salsabil’. Ketika itu beliau dipenjarakan selama setahun.

3. Kali ketiga pada tahun 1995 pada kes yang dikenali sebagai ‘Kes Ikhwan’ dan dipenjarakan selama lima tahun setelah dibicarakan di Mahkamah Tentera.

4. Kali keempat pada tahun 2001 untuk tempoh setahun.

Beliau juga pernah cuba untuk ditahan pada tahun 1981 tetapi terlepas kerana pada ketika itu beliau berada di luar Mesir.

Mempunyai pengalaman yang luas di dalam dakwah terutamanya pada medan pelajar, tarbiah dan pengurusan organisasi dakwah. Pernah tinggal di beberapa buah negara, luar Mesir selama beberapa tahun iaitu Yaman, Jordan, Arab Saudi dan United Kingdom. Menjadi anggota Maktab Irsyad sejak tahun 1995 sehingga ke hari ini.

Pada 12 Disember 2006, beliau sekali lagi ditahan bersama-sama dengan 39 pimpinan dan ahli Ikhwan yang lain di atas dakwaan ‘penyeludupan dan pembersihan wang (money laundering)’ dan ‘cubaan menghidupkan semula organisasi yang telah diharamkan’. Dakwaan yang sepatutnya dibicarakan di mahkamah biasa kemudiannya ditukar ke Mahkamah Tentera pada 6 Februari 2007 dan mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Setelah ditahan selama beberapa bulan, akhirnya barulah mereka dibicarakan pada 26 April yang lepas di Mahkamah Tentera. Perbicaraan yang tidak dijalankan secara adil dan sempurna itu kemudiaannya ditangguhkan kepada perbicaraan kedua pada 3 Jun 2007 yang akan datang. Siri-siri perbicaraan ini dijangka akan berterusan seperti mana yang berlaku sebelum ini pada perbicaraan 88 pimpinan Ikhwan Muslimin pada tahun 1995.


Read More

Jumaat, 20 Mac 2009

Jumaat, Mac 20, 2009

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

putra_abada 0 ulasan


Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada



orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.




Read More

Khamis, 19 Mac 2009

Khamis, Mac 19, 2009

JENAKA SUFI (Siapa lebih betul??)

putra_abada 1 ulasan


AL-KISAH 1

SUATU hari Nasiruddin melintasi sebuah pasar yang sibuk dengan menaiki kaldai sambil memikul guni yang berisikan buah tamar. Salah seorang yang menyaksikan kejadian itu menegur perbuatannya.

"Wahai Tuan yang alim,



kenapa tuan tidak meletakkan sahaja guni yang di atas bahu tuan itu di belakang kaldai? bukankah lebih menyenangkan tuan daripada tuan memikulnya?. Maka jawab Nasiruddin: "Wahai saudaraku, insaf dan sedarlah...., sesungguhnya sebagai manusia yang berakal kita patut mempunyai sifat mengasihani sesama makhluk. Cukuplah dia memikulku di belakangnya dan aku pula memikul guni ini untuk mengurangkan bebanannya".

AL-KISAH 2

BERTANYALAH seorang jiran kepada Nasiruddin tentang pekikan suaranya yang terdengar pada tengah malam tadi. "Jubah aku di tendang oleh kaldai yang tiba-tiba naik angin", jawab Nasiruddin. "Adakah munasabah sehelai jubah yang di perbuat daripada kain boleh mengeluarkan suara apabila di tendang oleh kaldai?" tanya lelaki itu tadi. "macam mana pula tidak munasabah kerana ketika itu aku berada di dalamnya".

AL-KISAH 3

SEORANG alim yang baru sahaja turun dari masjid setelah solat berjemaah, terpandangkan seorang lelaki yang sedang marah-marah di tangga masjid. Si alim terus menghampirinya dan bertanyakan perilakunya itu. "Macam mana saya tidak marah. Kasut yang baru saja saya beli, telah hilang dari tempatnya ketika saya solat tadi", jawab lelaki itu dengan suara yang keras. "Kamu seharusnya bersyukur dengan kehilangan kasut itu", nasihat si alim. "Kenapa begitu pula?" tanya lelaki tersebut kehairanan. "Kerana kamu masih mempunyai kaki!".

AL-KISAH 4

PADA suatu hari ada seorang tua sedang berjalan-jalan di pasar. Tiba-tiba dia terjatuh lalu pengsan. Lalu orang ramai yang menyangka bahawa dia telah meninggal dunia,lalu mereka menguruskan jenazahnya sebagaimana biasanya menguruskan jenazah. Ketika di usung ke tanah perkuburan lelaki tua itu tersedar dari pengsan lalu menjerit meminta tolong. Orang ramai bertempiaran lari ketakutan kecuali Nasiruddin yang masih tercegat memerhati keadaan yang seterusnya berlaku. Sebaik sahaja kain kapan dibuka lelaki lantas berkata: "Tolong aku, Nasiruddin." Nasiruddin dengan marah berkata: "Tadi ketika ramai orang tolong mengusung janazah, engkau menakut-nakutkan mereka sehingga kesemuanya lari. Aku seorang tidak mampu mengangkatmu, maka lebih baiklah kamu menguruskan sendiri pengebumian dirimu".

Read More

Rabu, 18 Mac 2009

Rabu, Mac 18, 2009

APAKAH KAMU TIDAK SENANG?

putra_abada 0 ulasan


Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai kaum wanita!



JIKA seorang perempuan sedang hamil hasil dari suami yang menyukainya (kerana berbakti kepadanya), maka ia mendapat pahala sebanding dengan orang yang berpuasa serta berperang untuk membela agama Allah.

DAN JIKA ia merasa sakit ketika hendak melahirkan anak, maka ahli (penduduk langit dan ahli bumi tidak mengetahui rahsia kebahagiaan yang dirasai tersimpan di dalam hatinya.

DAN JIKA ia melahirkan anak, maka tidaklah setitis pun dari air payudaranya kecuali ia mendapat pahala satu amal kebajikan pada setiap titisan dan setiap hisapan.

DAN JIKA ia kurang tidur kerana melayani dan menjaga anak pada malam hari, maka ia mendapat pahala sebanding dengan pahala memerdekakan tujuh puluh budak dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


Read More
Rabu, Mac 18, 2009

SOALAN IMAM GHAZALI

putra_abada 0 ulasan


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :





Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = ” Apa yang palin berat didunia “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri “


Read More

Selasa, 17 Mac 2009

Selasa, Mac 17, 2009

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

putra_abada 1 ulasan



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,



"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim


Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.



Read More

Isnin, 2 Mac 2009

Isnin, Mac 02, 2009

SMART MANAGEMENT

putra_abada 0 ulasan

ORGANISASI YANG BERJAYA

MUQADDIMAH

AmaL Jama’ie adalah merupakan satu prinsip yang telah diamalkan oleh kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia. Prinsip Amal Jama’ie iaitu kerja yang diputuskan oleh jemaah, jemaah yang bersumberkan manhaj yang betul, mempunyai keteraturan sistem dan matlamat yang jelas adalah satu teori yang telah sama-sama kita fahami. Selebihnya ialah bagaimana ia diterjemahkan ke dalam pelaksanaan organisasi perlu jelas dan menjadi sesuatu perkara yang realistic.



1. HUBUNGAN ANTARA ORGANISASI DENGAN PENGURUSAN
Sebelum seseorang itu meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan secara menyeluruh, eloklah sekiranya seseorang itu memahami dengan lebih jelas tentang organisasi dan ciri-cirinya. Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu penting kerana pengurusan dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya sesebuah organisasi itu sama ada organisasi kecil atau besar, swasta atau awam memerlukan pengurusan atau pengendalian aktiviti-aktiviti organisasi.

1.1. Definisi Organisasi

Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.

Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.

1.2. Organisasi sebagai Unit Sosial

Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain, sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi masa, kualiti, kuantiti, dan penentuan-penentuan lainnya.

1.3. Penyatuan Usaha dan Hubungan di Kalangan Pekerja

Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang menyatupadukan usaha mereka supaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekiranya tidak ada perpaduan di kalangan pekerja, sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Keadaan organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi bagi menjamin pencapaian yang telah disenaraikan. Hubungan di kalangan kakitangan dapat menjamin organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan antara individu dengan individu yang lain.


2. CIRI-CIRI ORGANISASI
2.1. Identiti Tersendiri
Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri selaras dengan visi dan misi. Misalnya, sebuah badan dakwah seharusnya melambangkan tempat untuk penyebaran dakwah, menimba ilmu, latihan kepimpinan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran serta pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah badan dakwah, organisasi hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh guru-guru, pelajar khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah badan dakwah itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

2.2. Struktur Organisasi
Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

2.3. Job Skop (bidang kuasa kerja)
Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti
a) Pentadbiran
b) Kewangan
c) Sekretariat

Organisasi yang mempunyai bahagian-bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

2.4. Tindakan dan Kawalan
Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.

2.5. Tenaga Kerja
Setiap dasar dan perancangan memerlukan kepada pelaksanaan. Semakin besar skop organisasi dan juga sasaran, maka semakin besar kuantiti dan kualiti tenaga kerja yang diperlukan. Tenaga kerja ini akan menjadi jentera pelaksana kepada sesebuah perancangan yang dirangka berdasarkan visi dan misi.

Kelima-lima ciri yang disebutkan di atas hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi. Penentuan sama ada organisasi itu berkesan, efisien atau tidak, bergantung kepada sejauh mana keempat-empat ciri itu diseleng-garakan, disusun, dan diamalkan.


3. APAKAH YANG DIKATAKAN PENGURUSAN?
Apabila organisasi telah diwujudkan mengikut kelima-lima ciri seperti yang diterangkan di atas, masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi kewangan, pemprosesan, dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja.

Kita pernah mendengar dari media massa tentang beberapa organisasi perniagaan khususnya, yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri seperti tidak ada persefahaman antara pihak atasan dengan peringkat bawahan, perancangan dan ramalan yang tidak tepat, pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan. Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:

3.1. Sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasidan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

3.2. Sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.

Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:

3.3. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.

3.4. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).


4. PROSES PENGURUSAN
Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan, penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan dibahagikan kepada empat sahaja, iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan.

4.1. Perancangan
Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut:

4.1.1. Visi dan Misi
Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain.

4.1.2. Strategi organisasi:
Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.

4.1.3. Tindakan Susulan,
Pihak pengurusan harus mengatur program atau projek strategi yang berasaskan matlamat organisasi.

4.2. Penyusunan
Penyusunan melibatkan kerja struktur organisasi dan proses pengambilan kakitangan. Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti, tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Ia meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, program peningkatan kualiti kerja, program tarbiah dan dan program kebajikan dan perkhidmatan ahli jawatakuasa.

4.3. Pengarahan
Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

4.4. Pengawalan dan Penilaian (Muhasabah)
Pengawalan dan penilaian merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat pekerja yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.


5. MENGAPAKAH PENGURUSAN?
Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.

Kita pernah mendengar kata-kata seperti: "Masalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan... ". Pernyataan seperti ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan. Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat.

Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya:

1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.

2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisyen untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengurus berkenaan.

4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti (keutamaan) seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.

5. Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan mengimplementasikan strategi.


6. PENGURUS DI DALAM ORGANISASI

Tingkat Pengurusan
Sudah menjadi kebiasaan untuk membezakan kedudukan pengurus mengikut hierarki kuasa atau pangkat di dalam organisasi. Perbezaan ini dapat dilihat di dalam keterangan di bawah:

Pengurus Atasan
Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini biasanya terdiri daripada Presiden, Ketua Eksekutif atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.



Pengurus Pertengahan
Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada peringkat ini terdiri daripada ketua-ketua lajnah atau unit.

Pengurus Bawahan
Nuqaba’, AJK dan sebagainya adalah antara mereka yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi seperti program-program atau aktiviti agar ia mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan.


7. PERANAN PENGURUS DI DALAM ORGANISASI

7.1. Peranan sebagai penghubung atau orang perantaraan.
7.1.1. Sebagai orang terpenting
7.1.2. Sebagai pemimpin
7.1.3. Sebagai agen perhubungan / dakwah

7.2. Peranan sebagai penyebar atau penyampai maklumat.
7.2.1. Sebagai pengawas
7.2.2. Sebagai penyampai
7.2.3. Sebagai jurucakap

7.3. Peranan sebagai pembuat keputusan.
7.3.1. Melihat dan memahami situasi dan punca masalah
7.3.2. Sebagai pengawal gangguan
7.3.3. Sebagai pembahagi sumber
7.3.4. Sebagai perunding


RUMUSAN
Adalah mudah untuk membincangkan Amal Jama’ie secara teori tanpa implikasi yang praktikel terhadap sesebuah organisasi. Oleh itu, sebagai membukti kepentingan amal Jama’ie, adalah terlalu penting untuk dibuktikan dan satu-satunya medan yang paling relevan ialah di dalam pelaksanaan kerja organisasi.

Pengurusan adalah satu bidang yang luas, merangkumi bidang-bidang sains sosial seperti sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, dan juga psikologi. Kemahiran di dalam pengurusan bukan sahaja diperolehi melalui bacaan dan kefahaman tentang konsep dan prinsip-prinsip yang telah dikemukakan di dalam buku-buku teks.

Malahan kemahiran ini dapat diperolehi melalui pengalaman yang dialami oleh pihak pengurusan semasa menjalankan tugas. Adalah mudah untuk melahirkan pemimpin yang baik, tetapi agak sukar untuk melahirkan pemimpin yang boleh mengurus dengan baik.


Read More
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket Jutaan Terima kasih kepada semua sahabat yang telah memberi award kepada putra_AbadA

Pengikut

Apa pandangan antum pada blog ini?
Mumtaz
Jaid jiddan
Jaid
Maqbul
Dhoif
  
pollcode.com free polls